Photobucket
1 2 3 tadaaaaaaaaaaaa...!!
 

Aku (Fieyqa Syafiqah)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ.
twentythree - 2015, empunya tapak ini .
Encik Mohamad & Puan Salbiah Daughter's.
Aku sayang semua yang sayang aku
Hidup ini Allah bagi SEKALI
Jadi, Hargai .
Click button FB & Twitter di atas

Pot Pet





Borak Santai




Copyright



Tiada ganti sayangku ~
18 June 2013 | 6/18/2013 | 0 comments
Harap semuanya sehat sokmo gitu, aku bukan lah seorang penulis buku mahupun cerita tetapi sekiranya aku menulis sesuatu cerita ianya lahir dari lubuk hati kecilku ini .Cerita yg ingin aku coretkan membuat hati ku berasa sayu, terharu dan berbagai rasa yg menyedihkan .Jalan cerita pengrbanan seorang Ayah seorang HERO utk anak-anaknya .... sila ikuti cerita yg tak seberpaa ..

Bismillahirahmanirrahim.......

Sebuah cerita yg mendewasakan diri ini ...

Ayah,
kekuatanku, semangatku ..

17 tahun dahuluuuu ..
Masih ku ingat lagi sewaktu kecilku, pada mulanya aku mengenal erti persekolahan pada umurku 4 tahun..
Aku disekolahkan oleh Ayah, Aku dibesarkan oleh Ayah, Aku di didik oleh Ayah, Aku diasuhkan oleh Ayah...semua itu masih di fikiran, tersimpan rapi ...

Masa terus berlalu,,,,
sewaktu aku menjejakkan kaki ke darjah satu sungguh aku gembira, tiada siapa yg rasa...dengan menaiki motor yg usang lagi buruk Ayah membawa ku ke sekolah bersama dgn dua org abangku..bayangkan bertapa susahnya nak pergi ke sekolah terpaksa berhimpit di atas motor, nasib aku kecil dan paling kecil, makanya aku duduk dihadapan berdekatan bakul motor, manakala abg abgku duduk dibelakang.. Aku disekolahkan berdekatan dgn tempat kerja Ayah, kerana senang Ayah nak menghantar dan mengambil kami .. Abangku dan kakakku yg lain disekolahkan berdekatan dgn rumah, manakala adik adikku yg masih kecil diupah utk org lain jaga kerana semuanya masih kecil lagi ...hanya dengan motor usang itu yg membawa kami ke hulu dan ke hilir .

Ayah,
Aku masih teringat bagaimana susahnya seorang Ayah membesarkan anak-anaknya seramai lapan orang, Ayah bekerja sehabis boleh, sehabis keras utk melihat kehidupan anak-anaknya terjaga.

Waktu terus berjalaaannn tanpa mengira waktu ..
Ayah terus membanting tulang untuk mendapatkan hasil yg dapat memberi keselesaan untuk anak-anaknya, akhirnya Ayah mampu membeli sebuah kereta dari salah seorang mak sedara ku, tapi kereta itu kecil sahaja dan sudah usang apetah lagi ianya akan dipandang buruk oleh orang lain ..Ayah membeli kereta kerana memikirkan kami semua makin lama makin membesar.. semasa kecil aku tidak mengerti dan memahami apa erti sebenar kehidupan .. Aku tidak memahami semua itu, sungguh tidak mengerti ..Ayah terus bekerja seorang diri untuk menyara kehidupan dan perbelanjaan kami .. segala perih, segala yg pahit, segala yg penat, segalanya hanya Ayah seorang yg rasa .. Ayah tidak pernah mengeluh, Ayah tidak pernah berkira, Ayah tidak pernah merungut, Ayah tidak pernah mengungkit .. walaupun Ayah seorang yg tegas, garang tapi bagi kami Ayah superhero yg tidak boleh dibeli dimana-mana. Allah, bertapa beruntungnya aku mendapat seorang Ayah yg sebegitu ...

bermulanya perjalanan ku melangkah ke alam remaja iaitu aku memasuki sekolah menengah ...
Aku dgn perlahan-lahan mengerti apa itu erti kehidupan ini. Aku mula menanam cita-cita yg aku ingin menjadi anak yg berguna yg menjadi kebanggaan Ayah suatu hari nanti .. Aku tidak malu bila Ayah hantar ku ke sekolah dengan kereta buruk Ayah itu, kerana aku percaya itu semua hasil usaha Ayah untuk melihat kami bahagia dan ingin melihat keselesaaan kami yg semua makin membesar.
Waktu terus berjalan, saat bergilir minit, minit bergilir jam .. hari bergilir hari ... Ayah mampu membeli kereta proton Saga jenis yg lama itu, setiap segala hasil Ayah itu semata-mata ingin melihat keselesaan kami kerana semua sudah makin membesar jadi anak dara dan anak teruna .. kereta itu banyak berjasa kepada kami sehinggalah sekarang . Aku tidak pernah kenal erti malu .. kerana malu hanya pada manusia tidak membawa erti apa bagi aku, tapi malulah kepada Allah .

kini anak-anak Ayah makin membesar .. seorang demi seorang melangkahkan kaki untuk menyambung pelajaran di universiti dan di kolej . Alhamdulillah, dengan berkat segala usaha Ayah menjaga kami, kami berjaya mengharungi segala pelbagai pahit manis itu sehingga dapat menghabiskan pelajaran. Ayah tidak pernah jemu  berusaha untuk kami. Ayah selalu berpesan kepada kami semua.. "Belajar betul-betul, belajar selagi mampu, pasal duit jangan risau jangan kesah, itu semua kerja Ayah biar Ayah yg buat.." Allah.. bertapa sayunya hati kecil ini apabila seorang Ayah berkata sebegitu dan sanggup mengharungi segala rasa serang diri untuk anak-anak Ayah berjaya ... Ayah terlampau istimewa di mata kami, Ayah paling terhebat dalam hidup kami ...

tiada yg paling berharga dalam hidup aku hanya ingin melihat kebahagiaan Ayah, hanya Ayah laa tempat kami berkasih sayang, Ayah la segalanya dalam hidup kami . kalau diberi berjuta pilihan aku tidak sanggup berpisah dengan Ayah .

Ayah,
setiap pahit itu hanya kau yg rasa,
setiap yg manis itu kau berikan kami rasa .
tiada yg paling berharga utk kami .
hanya melihat senyumanmu atas kejayaan kami .

Ayah,
kaulah cinta hati kami,
setiap peluh yg menitik
yg mengalir di tubuhmu ..
segalanya kau buat utk kami .
tiada penganti yg sehebat Ayah.

Ayah,
tiap garangmu, tiap marahmu, tiap tegasmu.
segalanya mengajar kami erti kehidupan.
segalanya mengajar kami utk dewasa .
kau lah hero kami dunia akhirat .

Ayah,
tidak mampu kami membalas jasamu,
tidak mampu kami membalas keringatmu.
tidak mampu kami membalas segalanya ,
segala yg kau buat utk kami .
sungguh ,
kami menyayangimu Ayah .

Ayah,
doakan perjalanan hidup anak-anakmu
semoga Ayah sentiasa dalam rahmat Allah ,
SAYANG AYAH ~

Aku hanya sekadar berkongsi cerita, ingin meluah bagaimana pengorbanan seorang Ayah menyara kehidupan anaknya dari kecil sehingga dewasa .Semoga korang yg membaca ini mampu menghargai Ayah korang yg byk berjasa. tak dapat balas dengan wang ringgit, balas lah dengan doa dan kejayaan korang kayy .semua itu mampu membuat kedua ibu bapa korang tersenyum bahgia , percayalah ! usaha ada pada anda :)

Tocheeeyyy , arigatoo, termakasih, thankyouu siapa yg sudi membaca cerita yg tak berapa nak jadi cerita ni . HAHAHA . cerita yg penuh emosi . *sambil sedut hinggus*
Akhir sekali. jaga diri, jaga iman, jaga hati ...wasalam ...

KAMI SAYANG AYAH . TERIMA KASIH MOHAMAD BIN HJ ABDULLAH . HANYA KAU YG SATU DI HATI .








PAST | PRESENT